Selasa, 26 Januari 2010
kenapa dipanggil Tiff
Apa tujuan untuk save dlm format tiff?Pada satu waktu dahulu, "Tagged Image File Format"atau nama singkatannye tiff banyak digunapakai oleh mereka yang terlibat dalam kerja2 penerbitan DTP, graphic dan sebagainya. Menyimpan data 32bits (CMYK) dan 24bits(RGB) menjadikan format fail ini antara format yang amat popular di kalangan mereka yang terlibat dalam dunia pengimejan. Masih saya ingat ketika mula berjinak dalam dunia penerbitan pada sekitar tahun 1996, utk melakukan "drum scan" dari media tradisi ke format digital pada ketika itu semuanya menggunakan format *.tiff sebagai medium digital file. Ketika itu format *.jpeg telah mula berkembang, namun kebanyakkan mesin dan perisian grafik pada masa itu tidak dibangunkan untuk menyokong fail2 jpeg utk kerja2 penerbitan komersil secara keseluruhan. JPEG yang bertindak sebagai "Pemampat File" (Compress File) hanya digunakan sebagai format imej utk dilayari di pelayar2 internet sahaja ketika itu dan bukan untuk kerja2 penerbitan. Kemunculan dunia digital yang semakin berkembang, para saintis dan pembangun perisian semakin bersungguh2 untuk mencari formula bagaimana untuk menghasilkan format imej yang mampu menyimpan pada kadar saiz fail yang kecil dan dalam pada masa yang sama mampu menghasilkan kualiti gambar yang menakjubkan. Menyedari akan kelebihan format JPEG, maka para saintis telah menjalankan kajian dan akhirnya mereka berjaya mengaplikasi format JPEG sebagai medium penyimpanan yang digunakan dengan meluas pada era digital ini. TIFF telah dilupakan begitu sahaja kerana pada kadar saiz fail yang besar ianya tidak lagi efisien digunakan pada ketika itu. Diawal2 era kamera digital, storan memori kad hanyalah bersaiz 256MB, 512MB dan maksimum pada ketika itu hanyalah 1GB. Mengambil kira kadar saiz storan yang terhad maka pengeluar kamera terpaksa memansuhkan format ini buat seketika. Mungkin atas sebab dan tujuan2 tertentu, hanya beberapa kamera pro body sahaja yang mempunyai format fail seperti ini.Setelah kemunculan format RAW, dunia kamera digital telah berubah dengan drastiknya. RAW memainkan peranan yang lebih besar sebagai medium format fail yang paling versatile abad ini. Kemampuannya utk berkomunikasi dengan kamera digital menjadikan ia sebagai pengganti kepada mereka yang ingin menyimpan gambar mereka dalam bentuk yang lebih berkualiti. RAW hanya memiliki 16bits data sahaja manakala TIFF pula memiliki 24bits(RGB). Berbeza dengan JPEG yang hanya memiliki 8bits data sahaja. Compress file bermakna JPEG dapat menyimpan saiz fail yang lebih kecil berbanding kedua2 imej uncompressed seperti RAW dan TIFF. Pada kualiti RAW dan TIFF yang sama, RAW mempunyai kelebihan kerana ia memiliki 16bits sahaja data dan bermakna saiz fail juga lebih rendah berbanding TIFF.Walaupun RAW telah mengatasi TIFF terutamanya dari segi saiz simpanan, namun TIFF masih lagi tetap menjadi pilihan mereka yang terlibat dalam dunia penerbitan, pengiklanan dan sesetengah jurugambar komersil. Disini, workflow (aliran kerja) pula memainkan peranan. TIFF sama seperti JPEG tetapi ianya dalam bentuk uncompressed tetapi pada kadar kandungan kualiti yang lebih tinggi iaitu 32bits (CMYK) dan 24bits (RGB). JPEG pula hanya mengandungi 8bits sahaja. Mana yang lebih baik sekiranya seseorang jurugambar tersebut perlu deliver dalam kuantiti imej yang banyak sekaligus ke pejabat pengiklanan dalam masa yang singkat tanpa memerlukan post processing atau aplikasi RAW converter? Tentu sekali kita perlu memilih TIFF hanya dengan dua sebab, kualiti dan masa. Apa2 pun, semuanya bergantung kepada cara bekerja seseorang jurugambar tersebut dengan sesebuah organisasi. Syarikat pengiklanan terutamanya yang menghasilkan rekaan dan pemasangan giant billboard dan sebagainya masih lagi memerlukan fail format TIFF. Dengan kemunculan saiz storan yang lebih besar ketika ini, pengeluar kamera telah mula memasukkan semula option fail TIFF untuk kegunaan kamera digital model terbaru PNS dan dSLR.Artikel: buntalshoot, 30/05/08 Nota kakisatu warna mengandungi 8 bits per channel warnaTIFF (CMYK) uncompressed = 8 bits x 4 = 32 bitsTIFF (RGB) uncompressed = 8 bits x 3 = 24 bitsJPEG (RGB) uncompressed = 8 bits x 3 = 24 bitsJPEG (RGB) compressed = 8/12 bits
Langgan:
Catatan (Atom)
